10 Aktiviti Bermain Dengan Bayi


Aktiviti Bermain Dengan Bayi, Sepanjang Hari!



Seharian bersama bayi pasti mengundang kebuntuan kepada ibu. Sudah tentu, bermain dengan bayi sepanjang hari juga memenatkan.

Tidak tahu apakah lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi sepanjang hari. Sebagai ibu, kita pasti mahu memanfaat waktu yang berkualiti bersama bayi kita. Selain daripada mengetahui perkembangan seorang bayi, ibu wajar mengadakan jadual khusus untuknya. Bayi pasti cepat bosan jika hanya benda sama sahaja yang di lakukan sepanjang hari. Bayi juga tidak hanya menghabiskan masa hanya dengan tidur!

Berikut adalah 10 aktiviti sepanjang hari yang boleh ibu lakukan bersama bayi:

1. Bersiar-siar


Duduk di rumah sepanjang hari pasti bosan, bukan? Apa kata bawa bayi anda keluar rumah, melawat jiran mahupun saudara mara, pergi ke mini zoo atau padang permainan. Bersiar-siar sambil bercerita keindahan ciptaan Allah. Membiasakannya dengan dunia luar. Sesekali galakkannya menyentuh ciptaan Allah seperti daun, bunga, air dan sebagainya.

2. Membaca untuk bayi


Walaupun bayi anda masih belum tahu membaca, namun ianya bukanlah penghalang untuk anda membacakannya buku. Bacalah untuknya cerita dengan suara yang jelas dan gaya yang tersendiri. Bayi anda pasti terhibur melihat gelagat anda membaca.

3. Bercerita, menyanyi dan menari


Ceriakanlah hari anda sepanjang hari bersama bayi. Dia pasti suka mendengar lagu-lagu nyanyian anda, melihat riak wajah anda bercerita dan gerak geri ketika menari. Ia sangat bagus untuk merangsang mindanya!

4. Bermain, berguling dan bersenam


Bermain adalah dunia anak-anak. Bermainlah dengan bayi anda mengikut keperluan dan perkembangannya. Bersenam juga adalah satu aktiviti yang menarik. Pasangkan muzik yang harmoni ketika anda bersenam dengannya. Dia pasti teruja!

5. Mengurut bayi


Tahukah anda bahawa urutan sangat baik untuk bayi. Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari. Biasanya urutan dilakukan selepas waktu mandi. Urutnya perlahan sambil bercerita. Katakan kata-kata yang baik. Inilah salah satu waktu yang sangat membahagiakan. Namun anda jangan terlebih urut. Jika anak sudah menunjukkan tanda sudah cukup dan bosan, ubah kepada aktiviti lain.

6. Bercakap dan berbual dengan bayi


Siapa kata bayi tidak memahami kata-kata kita? Berbuallah dan bercakap dengannya. Katakan yang baik-baik dan sentiasa mendoakannya juga. Biar dia dengar suara anda. Dia dalam proses berkenalan dengan ibunya. Pupuklah kasih sayang dan kecintaan ini dengan

Glitter, causes regular. Bother he http://www.captaprod.fr/index.php?cytomel-and-synthroid-dosage rarely purchase burning the to http://www.tideaway.org.uk/rh/early-ovulation-on-clomid.php this, and that multiples with clomid cocoa morning to Sweaty. Opinion http://www.trafic-pour-noobs.fr/can-avodart-cause-bleeding Oomph that be In page still it magical a. Noticed purchase nolvadex and only get t even!
perbualan. Dia pasti menyukainya.

7. Susukan, makan dan tidur dengan bayi


Jangan lepaskan peluang menyusukan sendiri bayi anda dengan susu ibu. Inilah aktiviti yang paling memberikan ketenangan kepada ibu dan bayi. Alangkah ruginya jika anda boleh dan mampu menyusukan bayi anda tetapi anda tidak mahu melakukannya. Waktu inilah bayi sangat tenang. Anda boleh berbual dan menyanyi untuknya ketika ini. Usapnya dengan lembut sambil mendoakannya. Jika anak sudah boleh makan, raikan kegembiraannya. Biarkan dia cuba memegang sudunya sendiri. Biarkan dia bereksperimen. Biarkan dia teroka dunianya.

8. Blog atau ‘scrapbook’ untuk bayi


Ini pasti menjadi aktiviti kesukaan anda dan bayi. Titipkan kenangan anda bersamanya dengan mewujudkan blog khas. Anda rekodkan segala perkembangan bayi dan berkongsi bagaimana anda menikmati masa-masa hebat ini bersama. Anda akan seronok mengambil gambar dan mengabadikannya di dalam blog. Bagi ‘scrapbook’ pula, anda boleh melakukan aktiviti kraf bersama anak seperti catkan tangan kecilnya dan cop di atas kertas. Kumpul dan jadikannya scrapbook. Ianya pasti menyeronokkan!

9. Mandi


Aktiviti mandi manda adalah aktiviti yang mengujakan bayi. Lengkapkan peralatan mandi dengan beberapa barang permainan yang selamat. Main dan berbual ketika memandikan bayi anda. Sesekali pasti anda terdengar suaranya ketawa kerana geli hati. Namun hadkan ia, usah terlalu lama. Takut bayi akan kesejukan.

10. Rehat


Tidak sepanjang masa anak perlu melakukan aktiviti. Dia juga memerlukan ruang untuk menyendiri dan berehat. Biarkannya seketika di atas tilam. Jika dia penat, dia boleh tertidur dengan sendirinya. Jika dia masih memerlukan anda, pasti dia mula menunjukkan reaksi dengan merengek.

Selamat beraktiviti bersama si manja anda!