10 Sebab Pencinta Haiwan Patut Dijadikan Pasangan Hidup

Sebab Pencinta Haiwan Patut Dijadikan Pasangan Hidup


Bukan semua orang ada ‘rasa’ sayang pada haiwan. Juga bukan semua orang ada ‘rasa’ simpati pada haiwan. Sebab itu tak semua orang juga boleh dipanggil pencinta haiwan.

Tidak hairanlah, ada yang memandang serong apabila melihat pencinta haiwan bercakap-cakap dengan haiwan peliharaan mereka. Malah ada yang ketawa seolah-olah ia satu benda lucu apabila melihat pencinta haiwan bengkak-bengkak mata akibat menangisi kematian haiwan mereka.

Tapi, tahukah anda jika ingin mencari-cari pasangan untuk duniawi dan akhirat, digalakkan mencari pencinta haiwan ini.


Apa beza pencinta haiwan ini berbanding dengan orang lain?


Nampak mereka ni weird ada lah. Apa yang special sangat?

Pencinta haiwan biasanya punya sifat-sifat berikut:

1. Penuh kasih sayang


Mereka ini punya hati yang lembut dan penuh sifat kasih sayang. Perasaan mereka benar dan tulus. Jadi anda tidak perlu ragu akan kasih pasangan anda terhadap anda.

2. Mudah bersimpati dan prihatin


Bagaimana mereka menghormati makhluk Allah ini, begitu jugalah mereka menghormati sesama insan. Sifat kasih terserlah pada layanan mereka terhadap haiwan. Begitu jugalah mereka akan memberi kasih kepada anda.

3. Sedia Berkongsi


Apa yang ada, biasanya akan dikongsi bersama-sama dengan haiwan bak kata orang “Sharing is caring”. Bukan mudah mencari pasangan yang tidak kisah berkongsi sekarang ini.

Sangat penyabar

Menjaga haiwan peliharaan bukannya satu perkara mudah dan perlukan komitmen serta kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah haiwan yang biasanya bersifat nakal, liar, degil dan unpredictable. Agak-agak ada ke yang sanggup melayan kerenah anda seperti pencinta haiwan ini?

4. Tabah hadapi cabaran


Sama seperti manusia, ada juga haiwan yang menderita dan sakit. Percayalah, bukan mudah berdepan dengan haiwan yang sakit. Sebab itu, mereka tidak mudah melatah dengan cabaran apatah lagi kehidupan berumah tangga.

5. Dahulukan kehendak orang lain daripada diri sendiri


Biasanya, mereka ini rela berkorban apa saja demi haiwan kesayangan hingga sanggup mengikat perut asalkan haiwan kesayangan mereka kenyang dan gembira. Sebab itu, jika anda ditimpa musibah, jangan risau jika pasangan anda mengelakkan diri. Mereka akan setia susah dan senang.

6. Jarang bangun lewat


Utamanya, kerana mengingatkan haiwan peliharaan perlu diberi makan untuk mengelakkan daripada kelaparan dan tak sampai hati melihat muka sedih haiwan peliharaan yang kelaparan menyebabkan pencinta haiwan ini jarang bangun lewat meskipun pada hujung minggu.

Malah ada yang seawal pagi sudah berada di pasar membeli makanan untuk haiwan peliharaan. Bagus bukan jika pasangan anda tiada masalah untuk bangun awal?

7. Hormati privasi orang lain


Pencinta haiwan jarang mengambil kisah hal orang lain kerana mereka sudah punya komitmen yang tinggi pada haiwan kesayangan. Sebab itu, mereka faham jika sesekali anda perlu ruang privasi untuk diri sendiri.

8. Malu-malu kucing


Siapa tak geram jika pasangan anda punya perasaan ini? Mereka ini malu untuk meluahkan perasaan yang ada pada anda. Tapi, apabila mereka yakin dengan anda, mereka akan bersifat terbuka dengan anda.

9. Jarang mengawal


Anda tidak perlu bimbang jika pasangan anda akan mengawal segala tindakan anda kerana pencinta haiwan sudah terbiasa membiarkan haiwan mereka membuat apa sahaja dek kerana sayang.

10. Sesungguhnya,


Rugi jika tidak memilih pencinta haiwan ini sebagai pasangan anda kerana tidak semua orang memiliki sifat-sifat positif ini.