10 Tips Mengatasi Anak Cerewet Makan


Tips Mengatasi Anak Cerewet Makan (Picky Eaters)



Ibu mana yang tidak susah hati jika anak tidak mahu makan? Mungkin anak anda tergolong dalam kategori “picky eaters” iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makanan tertentu.

Sebelum ini, kami juga pernah menulis tentang tips menghadapi anak susah makan. Entri kali ini ada sedikit kelainan. Anda tidak perlu risau lagi, dengan mencuba ’10 Cara-cara Dan Tips Mengatasi Anak Cerewet Makan (Picky Eaters)”, In Shaa Allah dapat memberi sedikit idea.

Jom baca tips-tips di bawah:


1. Hormati selera anak


Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri ‘jajan’ dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’.Hidangkan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk anak anda bagi mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

2. Kekalkan rutin harian


Sediakan makana pada masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan, dan tawarkan air dia antara “meal” dan “snack”. Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anank anda kurang selera makan.

3. Hati-hati dengan makanan baru


Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula.Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama.Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma dan tekstur.Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran mereka.

4. Jadikan makan itu sesuatu yang menyeronokkan


Sesekali mahu makan ‘western food’, hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka.Potong atau bentukkan makanan dengan pelbagai bentuk yang menarik.Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam anak anda.Itu lebih baik berbanding langsung tidak makan.Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik minat mereka, kerana dengan pelbagai warna makanan yang di hidang nampak sangat menyelerakan.Disini pentingnya memainkan warna dalam makanan.

5. Ajak anak bantu beli makanan


Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat apabila anda membeli barang-barang dapur. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membasuh sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

6. Jadi “Role Model”


Anak umpama kain putih.Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama. Susu itu bagus untuk kesihatan. Contohnya, kalau mahu anak minum susu, ibu-bapa kena minum susu juga.

7. Kreatif


Kanak-kanak sukakan makanan yang cantik. Sedap itu perkara nombor dua. Sesekali, cuba hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka.Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang. Kreatif dalam mencipta resepi yang buat anak suka.

8. Tutup TV


Sama seperti cara mengelakkan anak melekat depan TV, cara yang mudah untuk anak menghabiskan makanan ialah dengan utup televisyen atau apa-apa sahaja yang boleh menggangu tumpuan anak anda untuk makan.Ini akan membantu anak anda untuk fokus terhadap makanan.Selain daripada itu, iklan-iklan di televisyen juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makanmakanan tinggi kandungan gula berbanding makan makanan yang berkhasiat.

9. Jangan beri janji manis


Jangan menjanjikan pencuci mulut atau makanan ringan sebagai hadiah.Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis-manis.Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, “yogurt” dan sebagainya.

10. Jangan bagi pilihan pada anak


Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan asal mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi “picky eaters”.Galakkan anak anda untuk berada di meja makan untuk waktu makan yang di tetapkan walaupun dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak.

Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk para ibu bapa di luar sana.