3 Petua Putihkan Ketiak Yang Berkesan

Petua Putihkan Ketiak Yang Berkesan. Kalau Hitam, Kasi Cerah!


Masalah ketiak hitam sememangnya boleh menjejaskan penampilan. Ada banyak sebab mengapa ia berubah warna antaranya penggunaan deodoran yang tidak sesuai dengan kulit, kerap mencukur bulu ketiak dan kurang memberi perhatian pada bahagian tersebut.

Bagi orang yang mengandung, lagi stress bila ketiak hitam bukan? Jawapan ketiak jadi hitam semasa mengandung ada di sini.


Petua putihkan ketiak


Usah risau, senang sahaja untuk memutihkan kembali bahagian itu.

1. Guna limau nipis dan kapur sirih


Antaranya ialah dengan perah limau nipis bersama kapur sirih dan gaulkannya. Kemudian sapu pada bahagian ketiak antara 20 hingga 30 minit sebelum bilas dengan air. Seeloknya lakukan selepas mandi.

2. Guna hirisan timun


Tidak pun, letak sahaja hirisan timun dan kepitkan pada ketiak selama yang boleh.

3. Guna minyak zaitun


Jika kedua-dua cara tidak sesuai dengan anda, cara lain adalah dengan menyapu minyak zaitun pada bahagian ketiak. Minyak zaitun memang terbukti baik untuk kulit.

Akhir kata


Bukan sahaja mengurangkan kesan hitam malah membaiki kulit yang kusam. Selain ada lagi tiga cara tradisional untuk menghilangkan ketiak hitam, boleh juga dapatkan tips dan cara putihkan kulit juga. Orang yang bakal berkahwin, mesti baca.

Selamat mencuba!