6 Cara Menghilangkan Demam Panas Untuk Orang Dewasa

Cara Menghilangkan Demam Panas


Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama.

Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan.. Peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.


Apa yang kita faham tentang demam?


Menurut tulisan Dr. Jamilah Abdullah, demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Macam mana boleh demam?


Berikut adalah antara penyebabnya:

1. Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
2. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
3. Demam malaria/denggi/HIV
4. Penyakit sendi
5. Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
6. Barah/Kanser

Cara menghilangkan demam panas


Ini adalah antara rawatan demam. Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Berikut adalah antra perkara yang boleh dilakukan dirumah ketika demam panas. Namun,hanya untuk demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi.

1. Banyakkan minum air


Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.

2. Makan hidangan ringan


Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup. Bukan makanan rapu.

3. Mandi air suam


Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

4. Jangan selimut


Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.

5. Makan ubat


Makan ubat seperti Paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

6. Mendemah


Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila perlu jumpa doktor?


Biasanya, demam akan pulih jika kita makan ubat yang sepatutnya. Namun, jika anda mempunyai gejala yang serius seperti di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera. Takut-takut, demam denggi pula.

1. Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
2. Baru pulang dari perjalanan luar negara.
3. Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
4. Sakit perut, mata atau tulang pipi.
5. Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
6. Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
7. Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
8. Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
9. Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
10. Demam berkaitan dengan kecederaan

Macam mana mahu cegah demam?


1. Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
2. Mengamalkan kebersihan .
3. Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
4. Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
5. Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia