7 Cara Menundukkan Suami


Cara Menundukkan Suami. Ikut Ilmu & Tips Berkesan Ini!


Pertama sekali, ini bukan ilmu hitam. Ini sekadar perkongsian ilmu yang ramai antara kita tidak ambil kisah.

Isteri atau pun seorang perempuan dari azalinya telah dianugerahkan mahkota yang sangat berharga.  Tetapi, ada sesetengah isteri yang tidak tahu akan menghargai mahkota itu dan tidak kreatif untuk menggunakannya dalam ‘menundukkan’ suami.  Malangnya, bila suami mula meliar matanya melihat gadis-gadis di luar sana yang susuk tubuhnya mengiurkan, seksi, cantik, isteri mula menggenggam jari jemarinya tanda geram dan mula mencebikkan muka yang sedia masam itu. Apa hukumnya suami melihat perempuan lain? Lebih baik tengok isteri sendiri bukan?

Ramai yang tidak mengaku, tetapi hakikatnya memang isteri tidak kreatif dan tidak pandai untuk mencuri perhatian suaminya.  Walau pun pada hakikatnya, kita sebagai isteri malas nak berhias bagai, nak suami terima diri seadanya, tapi sampai bila?  Sikap anda yang ambil sambil lewa terhadap penampilan diri akan merosakkan hidup anda kelak.  Jadi, walau sesibuk mana pun kita, walau semalas mana pun kita, menghias diri dan mencuri hati suami tugas utama bagi isteri.

Selainkan amalkan doa dan ayat-ayat untuk mengambil hati suami, jom kita cuba petua, cara dan tips  ‘tundukkan’ suami dengan menggunakan ‘Spot Area’ atau tubuh badan yang isteri yang sedia ada.


1. Pikat suami dengan rambut


Rambut merupakan mahkota wanita.  Bagi suami yang tidak pernah membelai rambut anda mungkin sebab rambut anda tiada tarikan baginya.  Jadi apa kata, anda memanjakan rambut anda dengan menyisirnya dengan kemas, memakai syampoo herba yang ada wangian yang boleh mendatangkan kenikmatan.  Bagi yang selalu mengikat rambutnya, cuba ketika bersama anda lepaskan rambut anda ke bahu suami, tapi pastikan rambut anda telah di shampoo terlibat dahulu, kalau tidak lain pula jadinya.  Pastikan ketika hendak tidur juga rambut anda masih berbau harum supaya suami terbawa-bawa dalam tidurnya dengan keharuman rambut anda.

2. Kulit yang mulus dan gebu


Kulit adalah satu anugerah kepada wanita. Permukaannya yang licin, lembut, gebu dan bersih serta mulus adalah menjadi dambaan setiap suami ingin menyentuhnya. Justeru, jaga kulit badan anda agar sentiasa bersih agar ia rasa selesa apabila disentuh suami.  Jika kulit anda mula kasar, manjakanlah kulit anda dengan memakai losyen atau pun skrub.  Bila suami tahu anda membuat semua itu untuknya, suami akan rasa bahagia dan ingin menyentuhnya.

3. Jelingan mata


Tuhan menganugerahkan mata yang bersinar kepada isteri. Tidak semestinya mata itu bulat, bundar, sepet atau kuyu. Mata sebenarnya boleh memuntahkan inspirasi cinta dan cerita. Pandangan mata juga boleh memberikan 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan. Suami boleh jadi ‘cair’ dengan pandangan isteri. Renungan isteri yang mendalam dan menggetarkan jiwa si suami boleh menyebabkan golongan Adam ini akan kehilangan ungkapan untuk ditafsirkan, bak kata, ”sayang, saya rasa seolah-olah melayang ketika melihat ke dalam matamu.”  Sesekali anda cuba menjeling manja ke arahnya, memberi isyarat dengan mata, pasti suami akan tergoda dan turut ‘perintah’ isteri.

4. Sekitar kawasan pusat isteri


Bayangkan bahagian di sekitar pusat anda juga sebenarnya menjadi satu tempat yang amat memberangsangkan suami. Cuma di sini tentulah perlu selalu dijaga kebersihannya dan pusat anda akan lebih indah sekiranya anda kekal ‘langsing’ dengan pinggang terbentuk.  Bersihkan bendasing yang memburukkan pusat anda kerana akan membuatkan suami hilang selera bila melihatnya.  Bersihkan kawasan pusat dengan ‘baby oil’ dan kapas telinga.  Jika perlu letakkan losyen di sekitar pusat supaya kulit di situ halus apabila disentuh.

5. Lentuk liuk tubuh atau ‘body language’


Ini bukan satu perkara yang dibuat-buat. Lentuk liuk tubuh isteri yang manja ketika bersama suami sebenarnya adalah satu daya penarik yang boleh menggoda si suami. Ini termasuklah cara kita melenggang ketika berjalan, potongan punggung, saiz belakang badan dan sebagainya. Bersyukurlah, tubuh kita sebagai isteri ada segalanya untuk menghangatkan bibit-bibit kemesraan bersama suami.  Jika sebelum ini anda rasa jalan liuk lentuk anda kasar seperti lelaki, cuba belajar untuk bersopan santun dan lemah lembut dalam setiap pergerakan dan tindakan anda.  Walau pun badan kita besar, anda masih boleh lentuk liukkan badan anda beserta dengan lirikan mata yang manja.

6. Payu dara


Ini bahagian yang paling utama dalam banyak bahagian.  Kalau tidak diterangkan pun semua orang tahu. Secara fizikalnya, tidak kiralah apa saiznya, sama ada kecil atau besar pihak suami pasti suka melihat di bahagian ini. Bukan sekadar melihat, suami juga sebenarnya suka menyentuhnya untuk berbuat apa sahaja kerana sebenarnya pada fikiran mereka, ini juga sesuatu yang menjadi hak ‘milik’ mereka.

Selepas putus susu bagi ibu yang melahirkan, payu dara anda akan kendur, jadi suami akan mula tegur kerana dia tidak ghairah lagi melihatnya, jadi apa yang perlu anda lakukan ialah memelihara payu dara anda dengan menyapu dengan ‘baby oil’ atau minyak kelapa dara.  Buat urutan menegangkan payu dara yang kendur.  Anda kena rajin dan berazam untuk mendapat payu dara yang cantik semula kerana ingin menarik semula perhatian suami anda.  Jadi bila di luar dia tidaklah tercuri-curi untuk lihat payu dara gadis di luar sana yang saiznya lebih besar dari anda.

7. Wangi-wangian atau ‘perfume’


Kebanyakan isteri hanya pakai ‘perfume’ tatkala mahu ke tempat kerja. Itu untuk siapa sebenarnya? Bila berada di rumah, hanya biasa-biasa sahaja. Keluarkan sedikit modal untuk beli minyak wangi yang boleh merangsang suami.

Selamat mencuba.