10 Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang

10 Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang


Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang


1. Bawa stroller


Jika ada stroller, maknanya keluarga itu ada bayi. Daftar masuk awal kerana ibu-bapa dan anak akan diberi keutamaan untuk naik kapal terbang terlebih dahulu. Biasanya, satu keluarga yang bersama dengan bayi akan dibenarkan masuk sekali. Bagi yang pertama kali naik kapal terbang, bawa stroller hingga ke aero-bridge. Tinggalkan di sana. Jika guna Air Asia yang tidak menggunakan aero-bridge, letakkan di tangga sebelum naik kapal terbang.  Jika anda melancong ke negara-negara eropah kebiasannya yang membawa bayi bersama stroller akan mendapat sedikit keistimewaan untuk tidak perlu beratur panjang semasa pemeriksaan kastam.

2. Main dengan anak sampai penat


Bagi anak makan dan ajak anak bermain sehingga letih. Tips ini agak berguna kerana anak kita tadi akan tertidur di dalam kapal terbang.

3. Tukar lampin dahulu


Pastikan tukar lampin pakai buang anak sebelum berlepas atau pastikan anak telah buang air dahulu sebelum berlepas. Ini bukan sahaja untuk keselesaan bayi, tetapi keselesaan penumpang bersebelahan. Tentu sekali tidak mahu ada yang terbau sesuatu yang tidak diingini.

4. Bawa selimut sendiri.


Tidak semua pesawat menyediakan selimut. Bagi syarikat penerbangan seperti MAS anda boleh cuba minta pada pramugari yang bertugas. Untuk lebih selesa, bawa selimut bayi atau sweater sendiri kerana dalam pesawat suhunya akan lebih sejuk bagi bayi atau kanak-kanak.

5. Bawa satu beg handcarry.


Pastikan lengkap semua barang bayi, susu, tisu basah, biskut bayi, minyak angin saiz kecil (cuba sorokkan). Letakkan barang di bawah kerusi supaya senang untuk dicapai.

6. Beri makanan yang sesuai

Bagi makanan yang tak memualkan untuk yang boleh makan. Tetapi kalau bayi tersedar dari tidur, bagi minum susu atau makanan bayi.

7. Peluk bayi sepanjang masa


Pastikan peluk bayi untuk bagi bayi lebih selesa dan rasa dekat dengan ibu.

8. Tutup telinga bayi


Semasa take-off atau landing, pastikan tutup telinga bayi untuk mengelakkan bayi menangis kerana perubahan tekanan udara (air pressure). Kalau boleh berikan susu semasa take-off atau semasa dekat nak landing.

9. Booking kemudahan bassinet


Sekiranya anda memilih penerbangan full service airline seperti MAS dan GARUDA serta membawa bayi bawah 24 bulan, boleh booking tempat duduk yang hampir dengan bassinet atau baby cot seat. Tetapi jika low fare airline, boleh cuba tanya dahulu sebab kebiasaannya hanya ada pada pesawat-pesawat besar.

Air Asia juga ada menyediakan kemudahan bassinet di bahagian hot seat mereka tetapi hanya untuk flight number bermula dengan D7 (Air Asia X). Kemudahan bassinet ini sedit sebanyak dapat melegakan anda jika masa penerbangan yang ditempuh adalah lama.

10. Pilih tempat duduk


Pilih kedudukan seat yang betul supaya senang keluar masuk. Elakkan duduk di bahagian tengah sekiranya mengambil penerbangan masa yang panjang kerana agak sukar untuk keluar masuk.