11 Cara Mengatasi Hidung Tersumbat

11 Cara Mengatasi Hidung Tersumbat, Yang Buat Kita Susah Bernafas


Cara Mengatasi Hidung Tersumbat

“Demam dah kebah, batuk pun dah kurang tapi tak hilang-hilang selesema ni. Nak bernafas pun semput, hidung asyik tersumbat. Nak tidur lagilah tak selesa, kena tidur duduk, kalau baring tak boleh nak bernafas. Macam mana lah nak legakan hidung tersumbat ni”

Memang ‘seksa’ kalau hidung tersumbat, tersekat-sekat pernafasan sampai rasa stres dan pening kepala.

Nasib baik, masalah ini boleh diatasi dengan cara yang murah dan mudah.


11 Cara Legakan Hidung Tersumbat Dengan Berkesan


1. Elak hembus hidung dengan kuat


Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang.

2. Pasang humidifier/vaporizer


Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.

3. Mandi air panas


Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.

4. Sedut wap panas


Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas.

5. Minum & makan cecair yang banyak


Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat.

Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat.

6. Tuam kawasan hidung


Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung.

Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat dan bernafas dengan selesa.

7. Sapu minyak


Sebelum tidur, sapu minyak aromaterapi seperti eucalyptus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.

8. Hidu ‘vapour rub’


Sapu ‘vapour rub’ pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalyptus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat.

9. Pakai pelekat pada hidung


Pelekat hidung ini biasanya untuk orang berdengkur.

Meskipun fungsi utama ‘nasal adhesive strip’ ini adalah untuk mengurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu pernafasan dengan selesa.

10. Makan makanan pedas


Perasan kan bila sedang seronok makan pedas, air akan keluar daripada hidung.

Jadi makanlah pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.

11. Calit ‘peppermint oil’ di bawah hidung


Tuang setitik ‘peppermint oil’ pada jari dan calit di bawah hidung.

Mudahnya Legakan Hidung Tersumbat!


Segera lakukan cara di atas untuk mengelakkan hidung tersumbat. Mudah, murah, dan berkesan!

Memang tidak selesa bila berada dalam keadaan ini kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian.