5 Sebab Pencinta Alam Lebih Sihat, Gembira dan Kreatif

5 Sebab Pencinta Alam Lebih Sihat, Gembira dan Kreatif


Sesiapa antara anda yang suka dikelilingi persekitaran menghijau? Atau suka melihat panorama yang indah di sekitar bukit, tasik, laut dan taman? Atau anda suka hiking dalam hutan? Malah anda boleh duduk berjam-jam lamanya menghayati keindahan alam yang terbentang di hadapan mata.


Pencinta alam, ada berita baik untuk anda!


Kajian mendapati mereka yang suka dan menghargai nature atau alam semula jadi ini adalah seorang yang mempunyai sifat gembira, lebih sihat dan lebih kreatif.

Bagaimana alam semula jadi melahirkan kriteria di atas?


Alam semulajadi adalah sumber terkuat anti-depression. Semakin kita dekat dengan alam semulajadi, semakin kita akan rasa tenang dan damai.

Bahkan, penghayatan alam sekitar menjadikan seseorang itu:

1. Berjiwa tenang


Berada dalam persekitaran menghijau dan mendamaikan menjadikan jiwa seseorang itu lebih tenang. Terasa seolah-olah semua beban yang sarat dipikul hilang apabila dikelilingi alam semula jadi yang indah.

2. Belajar lebih menghargai


Apabila jauh daripada hiruk-pikuk bandar metropolitan yang sentiasa sibuk, kita kurang terleka dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Ia juga menjadikan kita lebih menghargai masa untuk diri sendiri.

3. Dapat menguatkan sistem pertahanan badan


Tumbuh-tumbuhan hijau mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil phyoncides untuk melindungi dirinya daripada serangga dan reput.

Menariknya, apabila manusia menghidu bahan ini, ia menambah bilangan sel dalam badan sekaligus meningkatkan sistem pertahanan dalam badan.

4. Membuang kalori dengan pantas


Jika anda sukakan aktiviti hiking, tahukah anda boleh menghilangkan sehingga 500 kalori apabila berjalan dalam tempoh 60 min?

5. Otak menjadi lebih tajam


Berbanding masa yang diluangkan dengan melihat telefon bimbit ataupun komputer sehari suntuk, apabila anda banyak keluar dan berjalan melihat pemandangan, otak akan menjadi lebih berkembang.

Tak rugi jadi pencinta alam!


Luangkan sedikit masa mengunjungi taman negara, berjalan dalam hutan dan menikmati panorama indah di sekeliling anda jika anda ingin lebih sihat, lebih tenang, lebih gembira dan lebih kreatif.