7 Langkah Ini Dapat Hilangkan Sakit Tekak

7 Langkah Ini Dapat Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera


Hilangkan Sakit Tekak

Memang rasa gatal dan tidak selesa dibuatnya kalau kena sakit tekak ini. Makan ubat sakit tekak pun sekejap sahaja leganya.

Tapi takkan nak makan gula-gula atau ‘lozenges’ sepanjang masa. Nanti sakit tekak tak hilang, tapi kena diabetes pula sebab asyik makan benda manis.

Jadi segera amalkan langkah di bawah untuk menghilangkan sakit tekak agar tidak melarat.


7 Langkah Ini Dapat Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera


1. Kumur dengan air garam


Air garam membantu mengurangkan bengkak dan radang di membran mukus. Tindakan ini secara tak langsung membantu hilangkan sakit tekak.

Lakukan tiga kali sehari dan elak buat berlebihan kerana ia akan mengeringkan tisu lembut sekitar dalam mulut, menjadikan keadaan semakin buruk.

2. Minum cuka epal yang dicampur madu


Kandungan asid dalam cuka ini membunuh bakteria dalam mulut. Madu pula mampu hilangkan sakit tekak dengan lebih berkesan. Campurkan sesudu cuka dan madu dalam air suam dan minum.

Tidak pun, masukkan dua sudu cuka dalam setengah cawan air suam dan kumur sekali sehari.

3. Hisap bawang putih


Bawang putih mengandungi bahan yang dipanggil allicin. Ia membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang dan kegatalan pada tekak.

Ambil dua ulas bawang putih dan masukkan setiap satu dalam mulut di bahagian pipi seperti makan gula-gula. Hisap dan sesekali gigit bawang putih untuk mengeluarkan allicin. Lakukan sekali sehari.

4. Sedut wap panas


Wap panas membantu hilangkan sakit tekak dan melancarkan pengaliran udara dalam hidung yang tersumbat.

Kalau nak lagi berkesan, titikkan sedikit pudina atau aromaterapi untuk membantu melegakan liang pernafasan.

5. Banyakkan rehat dan minum air


Bila sakit tekak, badan pun rasa kurang selesa dan cepat letih. Jadi, berehatlah sebanyak mungkin.

Jangan lupa minum air dengan banyak terutamanya air masak, jus oren dan teh herba.

Seperkara lagi, ‘Katakan Tidak‘ pada air kopi dan air gas!

6. Kunyah bunga cengkih


Bunga cengkih pernah digunakan sebagai bius di kalangan doktor gigi kerana ia mampu melegakan sakit gigi, sakit dalam mulut dan sakit tekak lantaran ia mengandungi eugenol yang bertindak seperti natural pain killer.

Mengunyah bunga cengkih akan mengeluarkan eugenol ini dan secara tak langsung memberi rasa kebas dalam mulut sehingga tekak.

7. Minum jus buah delima organik


Buah delima mengandungi antioksidan yang dapat melawan jangkitan dalam mulut dan tekak dan astringents, iaitu sejenis bahan yang bertindak balas dengan tisu badan.

Apabila terdapat perubahan dalam tisu badan, ia akan hilangkan sakit tekak dan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Minum jus delima tiga kali sekali.

Sebaik sahaja tekak mula berasa gatal,


…jangan buang masa dan amalkan langkah di atas dengan segera. Ia bukan sahaja mudah tetapi juga murah kerana banyak mengguna bahan semula jadi.

Namun, sekiranya ia masih berlarutan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk hilangkan sakit tekak. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan atau demam pula.

Silalah cuba!