9 Petua Anak Tidur Awal Yang Parents Perlu Tahu

9 Petua Anak Tidur Awal Yang Parents Perlu Tahu


Anak Tidur Awal

Pengaruh TV, permainan komputer, Internet dan gajet bukan sahaja memberi kesan pada kurangnya pergaulan dengan rakan sebaya dan kurang beriadah di waktu siang malah turut mengganggu waktu tidur anak-anak kerana asyik menghadapnya sehingga lewat malam.

Ramai ibu bapa membiarkan sahaja keadaan ini berlarutan dan akibatnya rutin tidur mereka tidak teratur, susah untuk tidur awal dan berdepan masalah bangun pagi sehingga ada yang tidak sempat ke sekolah. Terpaksa ponteng! Ibu bapa yang pula risau bila fikirkan anak ditinggalkan di rumah keseorangan.


Anak tidur awal ? Kenapa?


Kanak-kanak perlu tidur yang cukup dan teratur untuk proses tumbesaran, kecergasan badan dan perkembangan minda. Bila tidak cukup tidur, ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus.

Jadi, bagaimana cara memujuk anak-anak supaya tidur awal?


1. Latih ikut waktu


Jika anak biasa tidur pukul 9.30 malam, pastikan mereka konsisten dengan waktu tersebut. Apabila mereka terlajak waktu, automatik mereka akan terasa mengantuk dan masuk ke bilik tanpa paksaan.

2. Elak minum minuman kafein


Minuman mengandungi kafein boleh menyebabkan anak aktif. Sebaiknya, galak mereka minum air suam pada waktu malam.

3. Galak anak aktif waktu siang


Penuhi waktu siang anak dengan pelbagai aktiviti. Jadi apabila malam, mereka cepat berasa letih dan tidur awal.

4. Elak tidur waktu petang


Bagi kanak-kanak yang bersekolah sesi pagi, biasanya mudah keletihan selepas tiba di rumah. Bagi mereka tidur sekejap. Awas, jangan terbabas sehingga senja. Jika tidak, mereka sukar untuk tidur awal kerana sudah mendapat rehat secukupnya.

5. Tutup yang melekakan


Apa jua yang boleh menyebabkan anak anda terleka sehingga terabai waktu tidur, perlu ditutup.

6. Jauhkan barang yang mengganggu


Bukan sekadar tutup gajet, anda perlu letakkannya jauh daripada anak setiap kali mereka masuk bilik.

7. Buat jadual


Bagi anak berumur bawah 6 tahun, anda boleh buat jadual bermula dari waktu pagi sehingga waktu malam. Buat jadual yang kreatif agar anak rasa seronok melakukannya.

8. Lakukan dalam satu tempat


Selepas makan malam, pastikan anak anda sudah berada dalam bilik sama ada untuk menyiapkan kerja sekolah, kemas beg, berus gigi, tukar pakaian tidur dan seterusnya tidur.

9. Suasana bilik merangsang tidur


Pastikan anak-anak selesa dengan suasana dalam bilik seperti kemas dan teratur, bantal yang empuk, wangi dan katil yang lapang.

Kadang-kadang, ibu bapa perlu mengguna kuasa veto untuk memerintah anak supaya tidur awal. Tapi, perlu diingat, ia untuk kebaikan anak kita sendiri. Mahukah anda melihat anak lesu dan murung sepanjang perjalanan ke sekolah? Atau anda ingin melihat anak yang cergas setiap pagi?