Amalkan 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Kelemumur

Amalkan 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Kelemumur


Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Kelemumur

Rimas betul kalau ada kelemumur. Gatalnya jangan cakap. Memang rasa nak tonyoh kulit kepala sekuat-kuatnya untuk hilangkan kegatalan kelemumur.

Kalaulah ada cara nak hilangkan kelemumur ini. Memang nampak ada di kedai-kedai, tapi kalau boleh nak cari yang semula jadi. Takut nak guna banyak bahan kimia, risau rambut cepat rosak.

Jadi. ada cara tak untuk hilangkan kelemumur menggunakan bahan yang selamat?


5 Bahan Semula Jadi Untuk Hilangkan Kelemumur


Tanpa kita sedari, ada bahan semula jadi di rumah yang boleh digunakan untuk hilangkan kelemumur, antaranya:

1. Cuka


Sebaiknya guna cuka epal (apple cider) atau cuka putih (white vinegar). Bertindak sebagai fungicide, cuka menghilangkan fungus penyebab kelemumur.

Cara:
½ cawan air suam
½ cawan cuka
1 cawan

Campurkan semuanya dalam satu cawan dan sapu pada kepala. Usap perlahan-lahan beberapa minit dan bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali.

2. Soda penaik


Bukan sahaja berguna untuk masakan, agen pencuci, tetapi juga baik untuk penjagaan diri. Bertindak seperti skrub, soda penaik membuang lebihan kulit mati di kepala dan kelemumur yang melekat di rambut.

Cara:
1 susu soda penaik
1 cawan air
Beberapa titik minyak rosemary (jika ada)

Campurkan semuanya dan sapu pada kulit kepala. Lakukan setiap hari.

3. Pokok semambu


Juga dikenali sebagai pokok mambu, ia menghilangkan kegatalan yang disebabkan oleh kelemumur dan menghalang pembiakan fungus yang menghasilkan kelemumur.

Cara:
2 genggam daun semambu
4 hingga 5 cawan air panas

Rendam daun semambu semalaman. Tapis dan cuci kepala dengan air tapisan. Daunnya jangan dibuang. Tumbuk sehingga lumat dan lumurkan pada kulit kepala selama satu jam sebelum bilas.

4. Buah lemon


Asid dalam jus lemon memecahkan kelemumur yang berkumpul secara tak langsung membersihkan kulit kepala.

Cara:
Asingkan jus lemon kepada dua: satu sudu dan dua sudu
1 cawan air

Sapu dua sudu jus lemon pada kulit kepala dan usap perlahan kemudian biarkan seketika agar ia menyerap. Campurkan satu sudu jus bersama satu cawan air dan bilas kepala. Lakukan setiap hari.

5. Minyak Tea Tree


Ia biasanya diguna untuk merawat luka-luka ringan. Daunnya bersifat anti-kulat dan mampu meredakan kegatalan yang disebabkan oleh kelemumur.

Cara:
1 sudu minyak
1 cawan air suam
Botol spray

Campurkan semuanya dan masukkan dalam botol serta goncang. Sapu pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan. Biarkan hingga kering dengan sendiri.

Gatal Hilang, Rasa Lebih Selesa Dan Yakin


Meskipun bahan semula jadi mengambil masa yang lama untuk berkesan,

Tetapi ia lebih baik digunakan berbanding penggunaan syampu anti-kelemumur yang penuh dengan bahan kimia.