Banyakkan Ambil 7 Sumber Makanan Ini Untuk Meningkatkan Kesuburan

Sumber Makanan Ini Untuk Meningkatkan Kesuburan


Memiliki anak sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Tapi, tidak ramai yang dapat merealisasikan impian itu atas pelbagai faktor antaranya masalah tidak subur atau ‘infertility’. Dan biasanya jika merujuk pada klinik pakar, doktor akan memberi suntikan dan ubat untuk meningkatkan kesuburan.

Tapi, selain makan ubat klinik, ada tak cara lain untuk meningkatkan kesuburan?


Kenapa Terjadinya Masalah Kesuburan?


Ada banyak sebab boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah kesuburan.

Namun, nasihat yang paling biasa diberikan oleh doktor untuk mengatasinya pada peringkat awal adalah sama – iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengambil beberapa vitamin atau makanan yang mampu meningkatkan kesuburan.

Faktor utama terjadinya masalah ini adalah akibat pemakanan yang tidak sihat – sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit, diet tidak seimbang, dan gaya hidup seseorang individu itu, lebih-lebih lagi jika kerap mengalami masalah tekanan perasaan.

Merokok dan pencemaran udara juga boleh menjejaskan kesuburan.

Perlu diingatkan, masalah tidak subur ini bukan sahaja pada wanita malah lelaki juga menghadapinya.

7 Sumber Makanan Untuk Meningkatkan Kesuburan


Bagi yang ingin mencuba selain daripada perubatan moden, bolehlah mengamalkan mengambil makanan di bawah.

1. Vitamin D


Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.

Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.

2. Vitamin E


Bagi lelaki pula, ambillah makanan yang kaya dengan Vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Maka, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.

Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun

3. Vitamin C


Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur.

Saranan makanan: Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah

4. CoQ10


Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain terdapat dalam bentuk pil, ia juga boleh didapati secara semulajadi daripada makanan segar.

Saranan makanan: Daging dan makanan laut

5. Asid Folik


Ingatkan wanita saja yang disarankan mengambil asid folik! Rupanya, ia juga baik untuk lelaki kerana berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.

Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatinya daripada sumber tumbuhan.

Saranan makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran

6. Protein


Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai yang ingat protein hanya boleh didapati daripada daging dan telur, tetapi ia juga kaya dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan.

Saranan makanan: Elakkan protein dari sumber haiwan tapi lebih kepada protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayuran dan buah yang berprotein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, kacang ‘almond’.

7. Cecair dalam badan


Apabila seseorang wanita meminum banyak air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya.

Cecair serviks ini amat penting dalam badan membantu sperma berenang menuju dalam uterus seterusnya melekat pada telur.

Saranan makanan: Banyakkan minum air kosong. Sasarkan meminum 2 hingga 3 liter air, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Gaya Hidup Sihat Adalah Kunci Meningkatkan Kesuburan


Pastikan badan anda tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus,

Terlampau gemuk boleh mengganggu kesuburan terutamanya kaum lelaki kerana ia menyebabkan sperma hilang kualiti dan mengurangkan jumlah bilangan sperma.

Bagi wanita pula, terlalu kurus atau gemuk pula mengganggu pusingan haid sehingga menjejaskan proses ovulasi.

Oleh itu, jalanilah hidup aktif selain mengambil makanan yang dinyatakan di atas ini!

Insya Allah, anda akan dapat meningkatkan kesuburan. Kadangkala, ia hanya memerlukan sedikit masa daripada anda untuk bersabar dan menikmati masa bersama pasangan.