Cara Hilangkan Kahak Bayi

Cara Hilangkan Kahak Bayi. Sedut & Buang!


Cara Hilangkan Kahak Bayi

Bukan sahaja anak, tentu sekali ibu-bapa tidak dapat tidur lena kalau ada asyik batuk-batuk bukan? Risau seharian dengan keadaan anak. Nampak begitu sukar untuk buang kahak. Mahu buang sendiri, tidak pandai, kecil lagi.

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Cuaca yang tidak menentu, tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.


Bagaimanakah cara hilangkan kahak bayi?


1. Guna teknik tepuk bayi


Tips ini dikongsikan oleh pakar fisioterapi.

Untuk cara hilangkan kahak bayi ini, kena pastikan yang bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantak di bawah perut. Pastikan bantal tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas. Pastikan kaki lurus.

Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

2. Guna mesin penyedut kahak


Tepuk sahaja tidak cukup. Kena ada cara hilangkan kahak bayi yang seterusnya.

Selepas tepuk, boleh gunakan mesin penyedut kahak atau mesin penyedut hingus. Ramai doktor mengesyorkan akan beli dan simpan mesin penyedut kahak di rumah untuk kegunaan bila anak terlalu tebal kahaknya, tanpa perlu berulang-alik ke klinik.

Jika tidak pasti bagaimana menggunakan gas nebulizer, bawa anak ke klinik dan berjumpa doktor. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Gas nebulizer akan digunakan untuk cairkan kahak. Kahak tersebut akan keluar sebagai muntah atau najis.

3. Guna madu asli


Ini cara hilangkan kahak bayi yang memerlukan bayi minum sesuatu.

Jika sudah setahun lebih, gunakan satu sudu madu dicampurkan dengan 1 biji limau nipis dan sedikit air. Sebagai alternatif, boleh juga gunakan lemon.

Jika masih bayi lagi, gunakan madu bersama air sahaja. Jika ada air zam-zam, lebih bagus kerana ia mempunyai molekul penyembuhan.

4. Sedut sendiri!


Tips dan cara hilangkan kahak bayi yang paling berkesan ialah sedut sendiri pada hidung bayi. Buat apa mahu geli, anak sendiri!

Cara-cara yang diberikan diatas, memang boleh dilakukan, tetapi agak lambat. Cara sedut sendiri inilah yang paling pantas dan berkesan.
Tambahan

Sedikit informasi,  menurut Dr Zubaidi, jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan doktor, untuk menghilangkan batuk berlendir, boleh cuba perkara berikut:

  •     Pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak keluar bersiar-siar atau membeli-belah
  •     Jika menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Sama juga bila berikan susu forumula.
  •     Jangan gantikan susu dengan hanya berikan air kosong kepada bayi, terutamam yang berusia satu tahun ke bawah. Ini kerana ia akan memudaratkan bayi.
  •     Boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ingat, ia hanya selamat jika anak berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat melebihi 5 kg.
  •     Jika anak sudah berusia setahun lebih, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini akan membantu anak mendapat kelegaan dari batuk.