Diabetes Punca Utama Lelaki Mati Pucuk



Kencing Manis atau Diabetes antara penyakit popular di kalangan rakyat kita. Selain faktor genetik, amalan pemakanan yang kurang sihat & kurang bersenam merupakan faktor utama kepada masalah ini. Dianggarkan 50% pesakit diabetes dikalangan lelaki menghadapi masalah mati pucuk. Ini bermaksud 1 daripada 2 pesakit diabetes lelaki mungkin mati pucuk pada tahap yang minima, sederhana atau checkmate! Kajian sintifik menunjukkan bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah 3 kali ganda berkemungkinan mendapat mati pucuk berbanding dengan lelaki sihat.

Seseorang lelaki penghidap diabetes yang tidak mengawal aras gula dengan baik, keadaan berikut terjadi kepada tubuhnya:

  •     Aras gula yang sentiasa tinggi dalam sistem peredaran darah merosakkan saraf autonomi yang menghantar mesej dari otak ke bahagian zakar. Dia berasa sudah sedia untuk melakukan hubungan kelamin tetapi maklumat tersebut terputus. Oleh yang demikian, zakar gagal untuk mengeras. Antara tanda-tanda lain kerosakan pada sistem saraf ini adalah:

1. Sukar mengawal kencing
2. Kerap mendapat jangkitan pada salur & pundi kencing
3. Degupan jantung laju secara tiba-tiba
4. Masalah penghadaman, loya, muntah & kembung perut secara tiba-tiba
5. Rasa pening & mahu pitam bila bangun berdiri dengan cepat
6. Pandangankabur sekejap apabila bergerak masuk dari kawasan cerah ke kawasan gelap & sebaliknya

  •     Komplikasi penyakit diabetes mempercepatkan berlakunya kerosakan pada salur darah yang boleh mengakibatkan salur darah bahagian zakar menjadi sempit & kurang kenyal. Keadaan ini mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar susah untuk menegang.
  •     Rembesan bahan kimia yang dikenali sebagai nitric oxide yang menjadi isyarat supaya salur darah terbuka (diameter membesar) juga berkurangan. Nitric oxide dihasilkan oleh sel yang berada pada permukaan dalam salur darah (endothilium). Hal ini terjadi kerana berlakunya kerosakan pada lapisan tersebut pada bahagian zakar akibat daripada penyakit diabetes. Keadaan ini juga mengurangkan peredaran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar susah untuk menegang.

Risiko untuk mendapat mati pucuk juga lebih tinggi apabila seseorang lelaki itu menghidap diabetes dalam jangka masa yang lama iaitu melebihi 10 tahun.