Kalau Sayang Buah Pinggang, Jaganya Dengan 7 Cara ini

Cara jaga Buah Pinggang


Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya.

Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Mengapa Perlu Menjaga Kesihatan Buah Pinggang?


Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.

Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama.

Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.

7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang


1. Minum Air Kosong Dengan Banyak


Cecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.

Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.

2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam


Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.

Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Banyakkan Minum Jus Epal


Selain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.

Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

4. Makan Buah Tembikai


Mengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.

Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

5. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian


Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.

Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

6. Elak Merokok


Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.

Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.

Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

7. Jalani Hidup Yang Aktif


Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.

Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak Awal


Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.

Bayangkan, kalau terpaksa melalui proses dialisis tentu menyeksakan. Bukan itu saja, malah memakan belanja ribuan ringgit untuk ‘menapis’ kekotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.

Maka, cegahlah sebelum parah!