Petua Menjadi Lelaki Romantik



Menjadi lelaki romantik tidaklah sesukar mana pun asalkan anda mempunyai kesungguhan yang positif dalam membina hubungan bersama si dia. Buat lelaki yang ingin menjadi seorang romantis, anda patut baca petua di bawah ini.

1. Tenung mata si dia


Ketika anda berhadapan dan berbual dengan dia, pandanglah tepat ke arah matanya. Wanita selalunya mudah cair dengan lelaki yang pandai menggoda. Maka tidak hairanlah suatu hari nanti dia akan mula jatuh hati dengan anda.

2. Memakai pakaian sedondon


Lebih manis lagi jika anda keluar berjalan-jalan bersama si dia, pakailah pakaian yang senada dengannya. Barulah dikatakan pasangan yang sejoli.

3. Ungkapkan kata-kata sayang


Memang lumrah wanita suka apabila dirinya selalu mendapat perhatian dan pujian dari teman lelaki. Belajarlah menangkis sifat ego anda itu dengan selalu memberikan kata-kata sayang seperti I LOVE U, I MISS U dan kata-kata romantis lain kepadanya.

4. Panggilan nama


Bila anda memanggilnya, elakkan daripada memanggil dengan menggunakan nama sebenar dia. Cubalah panggil dia dengan nama seperti Sayang, Baby, Yank, Honey dan sebagainya agar dia rasa dirinya seperti dihargai dan menjadi orang yang terpenting dalam kehidupan anda.

5. Hantar SMS


Lelaki romantik selalunya akan kerap menghantar SMS cinta sebagai tanda amat merindui dan mencintai dia sepenuh hati. Sudah pasti si dia akan membaca SMS dan berasa terharu dengan anda. Sebelum masuk tidur jangan lupa hantar SMS cinta lagi kepadanya agar si dia terbawa-bawa cinta anda dalam tidurnya.