4 Punca Berlakunya Serangan Stroke

Apakah itu stroke? Strok adalah serangan otak yang berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu kerana otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membekalkan oksigen dan nutrien yang penting kepada tubuh badan kita.

Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan berhenti dan sel-sel otak di dalam badan akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Fungsi otak akan mula mati apabila anda mengalami strok, kesemua deria rasa anda akan mula hilang dan pertuturan sudah mula tidak teratur.

Strok akan mengakibatkan sebahagian tubuh anda lumpuh dan corak pemikiran anda mula berubah.

Apakah punca stroke dan tanda-tanda awalnya? Bolehkan penyakit ini dirawat?

Ketahui 4 punca berlakunya serangan Stroke:


1. Mengamalkan Budaya Hidup yang Tidak Sihat


Antara punca berlakunya strok ialah apabila anda sering mengamalkan yang tidak sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat ialah mengamalkan perbuatan seperti menghisap rokok, jarang meluangkan masa untuk bersenam dan kerap minum minuman yang beralkohol.

Apabila anda sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ia akan mengakibatkan sistem organ  terganggu.

Jika dibiarkan melarat, ia boleh mengakibatkan saluran darah anda terjejas sekaligus melumpuhkan fungsi otak.

2. Pemakanan yang Tidak Sihat


Pemakanan yang tidak sihat juga mampu menyumbang kepada penyakit strok. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak sihat, seperti makanan yang berminyak dan kandungan lemak yang tinggi dan lain-lain lagi.

Elakkan juga daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan garamnya.

Anda hendaklah mengambil makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Penyakit Kencing Manis


Sesiapa yang mempunyai penyakit kecing manis atau diabetes juga adalaah antara yang berisiko besar mengalami strok.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah risiko terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.

Kajian yang dilakukan menunjukkan seramai 60% pesakit strok turut mengidap penyakit kencing manis.

Ia mungkin disebabkan apabila bekalan darah tersumbat kerana gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah.

Ia juga berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal, sekaligus menyukarkan darah mengalir ke seluruh badan anda.

4. Penyakit Darah Tinggi


Penyakit darah tinggi juga antara punca strok yang jika berlarutan boleh menyebabkan salur darah kecil dalam otak membengkak dan mudah pecah.

Ia sekaligus akan menyebabkan otak anda sukar untuk berfungsi seperti normal sekaligus membuatkan anda menghidap penyakit strok.

Elakkan diri anda dari penyakit darah tinggi seperti mudah stress, pola pemakanan yang tidak sihat dan pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan anda darah tinggi.

Jadi, pastikan anda mengamalkan hidup yang sihat. Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jaga pemakanan anda dan elakkan gaya hidup yang tidak sihat.

Strok tidak mengenal usia dan jantina. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: wom