Cara Meningkatkan Engagement Laman Facebook

Jika anda seorang pemilik bisnes kecil, atau mungkin seorang freelancer yang sedang mempromosikan diri, media sosial boleh menjadi alat yang sangat efektif dalam membantu anda dari segi mendapatkan pelanggan baru dan menghubungkan anda dengan pelanggan sedia ada.

Daripada semua platform sosial yang wujud pada masa ini, Facebook merupakan antara platform yang paling popular dan paling berkesan untuk tujuan di atas. Anda hanya perlu meningkatkan penglibatan atau engagement daripada orang ramai dan sasaran pasaran anda.

Berikut adalah 10 tip atau cara meningkatkan engagement laman Facebook anda.

1. Tag Orang Atau Jenama Yang Berkenaan

Tag adalah cara yang baik untuk mendapatkan perhatian di Facebook.

Sebagai contoh, jika anda seorang freelancer yang sedang menghadiri persidangan, jangan lupa meletakkan tag dan menandakan laman rasmi lokasi persidangan anda di Facebook.

Ada kemungkinan, bukan sahaja rakan-rakan anda atau likers laman anda sahaja yang akan melihatnya, malah orang yang mengikuti laman rasmi tersebut juga akan menyedari dan melihat tag tersebut.

Secara tak langsung, ia bertindak seperti iklan percuma untuk anda.

2. Buat Senarai Orang Penting

Dalam Facebook, terdapat satu fungsi di mana anda boleh membina group tertentu untuk senarai kenalan atau likers anda.

Selalunya untuk akaun peribadi, anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menyenaraikan kenalan anda mengikut kategori seperti keluarga, rakan karib dan lain-lain.

Sama juga untuk tujuan bisnes, anda boleh membuat senarai untuk pelanggan yang penting dan lain-lain kategori bagi bertujuan untuk memudahkan anda menghantar sesuatu mesej atau perkongsian secara terus kepada mereka.

3. Tambah Sedikit Unsur Jenaka

Hampir setiap kali, jenaka sering menarik perhatian. Ada sebabnya laman-laman Facebook seperti Amran Fans dan Sultan Melaka menjadi sangat popular.

Ini kerana hampir semua orang sukakan lawak dan jenaka.

Jadi, walaupun laman anda berciri bisnes dan bukan komedi, anda masih boleh menyelitkan sedikit unsur-unsur jenaka. Cuma pastikan jenaka anda kena pada tempat dan likers anda, tidak berunsur sensitif, dan paling penting; lawak anda menjadi.

4. Jangan Lupakan Call-to-Action

Satu lagi tip untuk perniagaan kecil: Jangan malu mengingatkan orang ramai untuk melawat laman web anda atau memberi maklum balas.

Call-to-action merupakan satu bahasa pemasaran di mana anda meletakkan ayat, grafik atau penanda untuk membuatkan bakal pelanggan anda mengambil langkah untuk bertindak terhadap apa yang anda kilankan atau kongsi.

Jika anda mempunyai laman atau Page khas di Facebook, anda juga boleh meletakkan butang call-to-action yang khusus di bahagian cover page anda. Butang ini anda boleh tujukan kepada laman web atau akaun jualan anda.

5. Sertai Ruangan Komen!

Jangan lupa untuk menyertai ruangan komen samada di status dan post anda sendiri, mahupun di laman Facebook orang lain.

Walaupun ada komen yang berunsur kritikan, jangan abaikan. Ini lah peluang anda untuk menjawab dan berinteraksi.

Ingat, cara terbaik untuk menambah baik dan memperbaiki kelemahan bisnes anda adalah dari pelanggan yang tidak berpuas hati.

6. Jadi Lebih Kreatif Dengan Kandungan Anda


Tawarkan likers atau followers anda dengan pelbagai jenis post.

Tiada siapa yang suka jika seseorang itu hanya menyiarkan gambar-gambar kereta mereka di Facebook, atau gambar-gambar anak-anak mereka.

Walaupun ia bagus untuk berkongsi perkara yang anda suka, namun jangan lupakan ‘selera’ orang lain juga.

7. Sediakan Visual

Lebihkan bahan-bahan visual yang menawan untuk tatapan likers atau followers seperti gambar, video dan infografik.

8. Tetapkan Privasi Wall Anda


Jika tetapan wall laman Facebook anda terbuka kepada umum dan tidak private, ada kemungkinan spammers akan berkongsi iklan yang tidak patut, tohmahan, gambar-gambar yang tidak sopan atau link yang tidak patut.

Pastikan wall anda ditetapkan kepada private dan hanya perkongsian yang anda approve sahaja.

9. ‘Ajar’ Facebook


Cara ini adalah untuk pengguna Facebook yang lebih advanced. Facebook sebenarnya mempunyai algoritma yang mengumpul maklumat dari aktiviti anda seperti post yang anda like, klik, kongsi dan tatap.

Jadi, anda boleh memanipulasi algoritma ini dengan menentukan aktiviti anda. Ini supaya Facebook dapat membuat profil mengenai anda dan memaparkan laman anda kepada orang-orang yang mempunyai aktiviti yang sama.

10. Jadi Lebih Responsif

Sentiasa peka kepada sebarang bentuk interaksi di laman anda.

Kadangkala, dengan hanya membalas secara ringkas seperti ucapan terima kasih, permohonan maaf atau emoji dapat memberi kesan yang sangat positif.

LIST PROFIL:
https://www.openstreetmap.org/user/just%20short%20stories
https://www.ted.com/profiles/7726726
https://kdp.amazon.com/community/profile.jspa?editMode=true&userID=1569903
http://www.carepages.com/users/8244304/profile
http://www.foodspotting.com/3803295
https://www.goodreads.com/user/show/67166049-just-short
http://www.crystalspace3d.org/main/User_talk:Justshortstories