Bagaimana Untuk Mendapatkan Trafik Organik Dari Enjin Carian ke Blog Anda



Trafik organik (enjin carian) adalah trafik yang terbaik untuk blog atau perniagaan anda. kerana ia menghantar trafik yang disasarkan dan ianya juga cara bagaimana top blogger mendapatkan trafik blog mereka.

Ada cara yang anda boleh mulakan untuk mendapatkan trafik daripada enjin carian secara semulajadi. Cara yang terbaik dan menguntungkan adalah dari hasil enjin carian organik.

Bagaimana untuk meningkatkan trafik enjin carian organik

Terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan trafik organik dan yang paling penting ialah mengoptimasi enjin carian SEO.

SEO – membuat enjin carian dengan mudah mengakses blog anda

SEO adalah membuat halaman laman web atau blog anda lebih mesra enjin carian dan memberi pembaca apa yang mereka mencari. Terdapat pelbagai aspek SEO dan ia bermula dari On-page SEO, off page SEO, dan on Site SEO.

Tempat terbaik untuk memulakan adalah dengan On-site SEO. Pastikan laman web atau blog anda bukan sahaja dapat di indeks tetapi juga semua bahagian penting dapat dirangkak oleh labah-lanah enjin carian - Google bots.

Ia adalah penting untuk anda menjaga dengan baik perkara-perkara pada blog anda seperti tajuk, label, URL, deskripsi, pautan yang putus - broken links dan lain-lain. Terdapat banyak perkara yang mesti dijaga apabila ia berkaitan dengan optimasi enjin carian SEO.

Konten yang optimasi enjin carian: menulis konten yang enjin carian fahami

Pemasaran konten adalah cara terbaik untuk menarik trafik organik. Kunci utamanya adalah menulis konten berdasarkan sesuatu yang orang inginkan.

Penulisan konten yang optimasi SEO bukanlah mudah kerana ia mengandungi banyak langkah-langkah, bermula dengan melakukan penyelidikan kata kunci, menulis konten berdasarkan kata kunci yang disasarkan dan kemudian mempromosi konten untuk meningkatkan mesra enjin carian - search engine friendly.

Pembangunan pautan - Link building

Pembangunan pautan merupakan sebahagian daripada strategi SEO. Enjin carian suka pada pautan yang berkualiti dan membenci pautan yang tidak relevan. Oleh itu ianya penting untuk mempunyai pautan yang relevan dan berkualiti untuk blog anda.

Pautan terdiri dari pautan luaran dan pautan dalaman, pautan luaran - inbound links dan pautan yang keluar ke blog lain - outbound links, tetapi yang penting untuk diingati adalah untuk mendapatkan pautan dari PR yang baik yang sama niche.

Mengekalkan kekerapan posting blog

Banyak blogger tidak mendapat mengekalkan kekerapan berblogging oleh itu bot enjin carian tidak suka pada blog yang demikian.

Ianya tidak susah untuk mengekalkan kekerapan berblogging, anda hanya perlu mengaturkannya.

Menulis pos dengan kerap bukan bermakna bahawa anda boleh menulis artikel yang tidak berkaitan dengan niche anda. Sentiasa menulis artikel yang berkaitan dengan niche anda dan ambil berat tentang kata kunci.