Cara Untuk Membina Kempen SEO Yang Mantap



Apabila berkenaan dengan perlaksanaan dalam melakukan kempen SEO yang berkesan, struktur memainkan peranan yang paling penting. Terdapat unsur-unsur tertentu yang diperlukan pada setiap program SEO. Selain itu, faktor luar kawalan anda, seperti perubahan algoritma Google, juga boleh mendatangkan kesan. Tidak kira perniagaan jenis apa yang anda sedang usahakan, asas-asas program ini adalah pada dasarnya sama.

Konten laman web

Dalam banyak perkara, konten adalah penyumbang utama untuk program SEO yang berkesan. Itulah sebabnya mengapa ia adalah sangat penting untuk mempunyai banyak konten yang berkualiti tinggi di laman web anda. Terdapat dua jenis konten, laman web perlu ada halaman statik, seperti maklumat produk dan bio syarikat, dan konten yang berterusan yang kerap diterbitkan. Matlamat utama anda adalah untuk membangunkan sebuah laman web yang kukuh yang mempunyai banyak konten yang berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada pembaca yang anda sasarkan. Malah, anda perlu memberi tumpuan keperluan pembaca anda terlebih dahulu tanpa perlu bimbang tentang SEO.

Kajian kata kunci

Proses kajian kata kunci boleh mengambil sedikit masa, tetapi ia adalah penting untuk melakukannya dengan betul. Banyak orang melakukan kesilapan kerana malas apabila ia berkenaan dengan kajian kata kunci. Pemilihan kata kunci memberi kesan pada keseluruhan kempen. Jika tersalah pilih boleh mengakibatkan ia mendatangkan trafik yang salah, atau bahkan trafik yang sangat sedikit. Setiap halaman adalah berbeza, jadi setiap halaman seharusnya mempunyai kata-kata kunci berlainan. Pilih kata kunci yang paling relevan dan yang menjanakan banyak carian.

Sebaik sahaja kajian kata kunci telah siap, sudah sampai masanya untuk mengoptimumkan laman web anda. Masukkan kata kunci yang disasarkan kepada konten laman web bagi setiap halaman laman web anda. Jangan hanya fokus pada halaman laman web anda yang "paling penting" sahaja, tetapi pada semua halaman di laman web anda.

Pautan Luaran

Optimasi laman web sahaja tidak cukup – anda perlu dapatkan beberapa pautan luaran yang berkualiti juga. Beberapa tahun yang lalu proses ini dipanggil "pembangunan pautan" atau lebih dikenali sebagai “link building”. Walau bagaimanapun, cara lama melakukannya tidak lagi sesuai dan mungkin akan melanggar garis panduan dari webmaster Google dan mengakibatkan penalti. Walau bagaimanapun, pautan-pautan masih penting untuk mendapat kepercayaan enjin carian (dan seterusnya meningkatkan kedudukan enjin carian anda). Portfolio link anda masih perlu berkualiti tinggi, ia lebih dikenali sebagai "link earning" hari ini. Dengan mempunyai kehadiran media sosial yang kuat dan kerap posting konten yang berkualiti, anda akan menarik orang ke laman web anda. Akibat daripada ini, orang akan secara semulajadi memaut ke laman anda, yang mengakibatkan kepada penghasilan "earned links".

Seperti yang anda lihat, setiap langkah dibina atas langkah yang sebelumnya untuk membina asas yang kukuh. Jika langkah-langkah ini ditinggalkan atau anda tidak mengikut aturan, kempen SEO anda tidak akan menjadi kuat atau berkesan.