Tips Untuk Menulis Posting Blog



Anda mempunyai 2 hingga 3 saat untuk menarik perhatian pembaca anda dan meyakinkan mereka untuk klik dan baca posting blog anda.

Jadi bagaimana anda dapat pastikan bahawa usaha pemasaran konten anda tidak menjadi sia-sia? Ikuti tip-tip ini dan ianya akan membantu anda menulis posting blog yang menarik perhatian pembaca.

1. Buat analisa untuk mengetahui pembaca anda

Sebelum anda mula menulis, ia adalah penting untuk mengetahui siapa pembaca blog anda dan apa yang mereka cari.

Sebalik daripada hanya meneka apa yang pembaca anda ingin dan mahu, anda perlu membuat analisa berasaskan data dengan melakukan analisis penyelidikan carian pesaing dalam industri anda.

Terdapat banyak sumber luar yang boleh anda gunakan seperti KeywordTool.io, Twitter Advanced Search, Quora dan SEMRush.

2. Tulis tajuk yang menarik

Jika anda tidak mempunyai tajuk yang menarik, posting blog anda mungkin tidak akan dibaca atau dikongsi.

Sebagai manusia, kita memang berfikiran cetek. Kita menilai sebuah buku dari kulitnya dan posting blog dari tajuknya.

Sebab itulah tajuk adalah penting bagi kejayaan posting blog anda.

3. Tambah Subheadings untuk membuat perenggan

Format adalah penting untuk posting blog.

Tiada apa yang lebih teruk daripada membaca sebuah posting blog yang hanya mempunyai satu perenggan gergasi.

Kebanyakan orang hanya membaca secara rigkas sesebuah konten sebelum mereka benar-benar membuat keputusan untuk membacanya, jadi ia adalah penting untuk membuat artikel anda dengan tajuk-tajuk kecil.

Apa-apa yang boleh anda boleh lakukan untuk menjadikan ianya mudah pada mata pembaca akan membantu mereka untuk membaca posting blog anda seterusnya.

4. Letakkan imej pada posting blog

Otak manusia memproses visual dalam konten jauh lebih cepat daripada konten yang berasaskan teks. Itulah sebabnya mengapa menambah imej dapat membantu meningkatkan engagement.

5. Optimasi posting blog untuk SEO

Carian Google yang organik mendorong sebahagian besar dari trafik bagi kebanyakan laman web.

Jika anda ingin memaksimumkan kedudukan SEO anda, maka anda perlu mengoptimasikan posting blog anda.

Berikut adalah beberapa tips:

l Buat tajuk meta yang sesuai
l Buat deskripsi meta yang sesuai
l Mengoptimumkan sasaran kata kunci
l Gunakan kata kunci yang berkaitan dan berlainan
l Tambahkan atribut alt imej
l Buat pautan dalaman pada konten anda

7. Tambah dengan jelas call-to-action

Dan yang terakhir tetapi juga yang paling penting adalah untuk menambah dengan jelas call-to-action.

Sama ada untuk meminta pembaca anda untuk meninggalkan komen, berkongsi posting blog anda, mengikuti anda pada media sosial atau membeli produk anda, pastikan anda dengan jelas menyatakan apa yang anda ingin mereka lakukan.

Kami berharap anda mendapati tips-tips ini berguna, dan jika anda ikuti strategi SEO ini, anda pasti akan mampu menulis posting blog yang memnuat orang membaca.