Perbezaan Antara Pautan Luaran Dan Pautan Dalaman Pada Pembangunan Strategi SEO



Kedua-dua pautan luaran dan pautan dalaman adalah sebahagian strategi SEO amat berharga. Kedua-dua pautan ini penting untuk laman web atau blog anda, walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara kedua-dua pautan tersebut dan ianya penting untuk mengetahui perbezaannya.

Pautan Luaran

Pautan luaran atau inbound link adalah pautan yang datang dari laman web lain mengarah ke laman web anda, ia dikenali oleh Google sebagai rujukan atau referral. Setiap rujukan yang anda dapat Google akan kira sebagai rujukan yang memihak laman web anda. Amalan memperoleh pautan jenis ini dikenali sebagai pembangunan link.

Namun anda mestilah berhati-hati kerana Google boleh menentukan konteks link. Sebagai contoh jika anda mendapatkan pautan dari dari sebuah laman web yang tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan perniagaan anda, Google akan mengira ini sebagai satu pautan yang tidak baik untuk laman web anda. Perubahan ini muncul apabila Google melaksanakan Algoritma Hummingbird mereka yang menyaksikan perubahan besar dalam kedudukan laman web dalam enjin carian dan struktur carian pengguna.

Matlamat Google dan enjin pencari lain adalah untuk memberikan pengguna-pengguna internet dengan maklumat yang paling relevan semungkin boleh, jadi anda perlu pastikan bahawa semua pautan yang keluar dari laman web atau blog anda menghantar pelawat anda ke destinasi yang berkaitan dengan konten anda dan jenis perniagaan anda.

Pautan Dalaman

Pautan dalaman adalah link daripada konten pada halaman dalaman laman web atau blog anda. Ianya adalah pautan atau link daripada satu halaman daripada sebuah laman web yang mengarah ke halaman yang berbeza dalam laman web yang sama.

Ini adalah untuk mewujudkan satu aliran pengguna seluruh laman web. Laman web atau blog yang mempunyai pautan dalaman yang lemah mungkin akan mempunyai Bounce Rate yang tinggi dan masa purata pengguna yang rendah pada laman web. Disebabkan pengguna tidak mendapat pengarahan di mana untuk pergi seterusnya, mereka akan hanya meninggalkan laman web tersebut.

Struktur pautan dalaman adalah penting, ianya perlu dibuat dengan cara yang mudah bagi pengguna untuk menavigasi melalui sesebuah laman web. Pautan dalaman adalah satu bentuk panggilan untuk tindakan atau lebih dikenali sebagai call to action.

Samada sedang mengusahakan pautan yang keluar dari laman web atau pautan dalaman untuk pembangunan strategi SEO, jangan lupa untuk terus bertanya pada diri anda, bagaimana ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna atau pembaca laman web atau blog anda.

Kesimpulan

Pautan dalaman dan pautan luaran atau inbound link kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam strategi SEO dan untuk mengembangkan kehadiran laman web anda dalam carian di online bagi perniagaan anda dan memandu lebih banyak trafik ke laman web anda.